Salam!
Cuti semester saya sudah semakin menghampiri penamatnya. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan saya untuk semester ini semakin membuahkan hasil walaupun saya tidak berjaya mendapat A untuk subjek Asian Literature. geram betol!!!
Manakala,,saya dengan serba riaknya dah lama menjangkakan yang saya akan mendapat A untuk subjek Introduction to Shakespeare walaupun saya tak berapa menggemarkan beliau.oho~
Sejujurnya, cuti semester kali ini sebenarnya cuti semester yang paling singkat tetapi saya merasakan cuti ini terlalu lama, hingga hari-hari cuti begini terasa begitu kosong dan hampir tidak bermakna. Hati saya memberontak ingin cepat ke sekolah, supaya saya dapat memulakan semester baru sebeberapa segera. Hati dan fikiran saya serasanya seolah-olah tertutup gara-gara asyik 'berzikir' di rumah.
bukan saya membenci rumah keluarga saya, bahkan saya tenang di sini. Cuma, saya terasa amat kebosanan apatah lagi saya tiada teman untuk berbicara dan diajak bersiar-siar di sini.
saya merindui hidup lama saya di mana di kala cuti semester ini saya sibuk membahagi masa ada kerja sambilan dan berhibur di mana-mana. tapi cuti kali ini,, terasa amat kosong. jiwa saya meronta-ronta ingin keluar tetapi saya tidak tahu bagaimana kerana pelbagai masalah. haish~
tadi petang, sedikit isu yang diungkapkan bersama seseorang telah menguris hati saya. saya sememangnya ingin cepat habis belajar supaya saya dapat mengumpul duit sendiri dan membantu ibu bapa. saya tidak sanggup lagi hidup seperti terumbang-ambing dan mengharapkan bantuan penuh PTPTN. [saya akan pastikan hutang PTPTN akan terhapus dalam tempoh 3tahun]
percayalah! saya akan cuba.
berbalik kepada perkara yang mengguris hati saya itu. Ramai menggelarkan saya gadis material. ya, sememangnya saya sedar kepentingan duit dan saya sungguh material. ini bukan perkara fitnah, bahkan setiap masa saya berfikir cara yang tepat untuk mengatur status kewangan saya.
saya tidak lahir dalam keluarga yang senang-lenang. saya juga tahu nilai duit kerana sedari Tingkatan 4 saya melakukan kerja sambilan untuk mengumpul duit untuk memiliki barang yang saya mahukan, tetapi walaupun segala usaha mengumpul duit pasti terbazir kepada adik-beradik mahupun ibu saya kerana saya berasa mereke lebih memerlukannya berbanding saya.
memang perit rasanya memberikan segala usaha untuk orang lain, tetapi saya percaya suatu masa,,, keikhlasan saya akan terbalas. kini, saya meletakkan duit di tempat teratas di setiap matlamat hidup saya.
kamu yang lahir dari keluarga yang mewah, tidak pernah berasa jerih perih mendapatkan RM10. jadi, jangan mudah menghina saya hanya kerana saya seorang materialis.
saya berusaha untuk duit saya. dan saya akan menggunakan segala peluang untuk mencapai matlamat saya. saya mahu jadi yang terbaik supaya saya dapat membantu taraf hidup keluarga saya dan bergembira.
"Kefakiran juga boleh membawa kepada kekufuran"
Nah, saya si materialis,,akan menyambung kata-kata di episod hadapan.tata~
No comments:
Post a Comment