Wednesday, June 23, 2010

[Mr.N] janggut kaler2

kalau rambut saya kena bleach, saya rasa janggut awak pun cam dikalerkan.

sebab ade siket warna coklat, ade siket warna itam.

saya selalu merengek gedik, 'demanding' dan berlagak. kan? kan?

kamu jugak menyatakan saya selalu gagal dalam mengucapkan terima kasih.

saya juga busuk, tak macam kamu yang ade banyakkkkkk perfume.

Burberry, Hugo Boss, Azzaro, Issey Miyaki, Kenzo yang selebihnye saya tak tahu nak eja.

perfume saya paling busuk pun jenama Body Shop yang bau makanan tu. pastu yang kamu bagi Banana Republic tu saya bukan guna pun. sebab saya kan budak comot kamu.

walaupun penat balik kerja, kamu tetap juga spend masa dengan saya.

sekarang ni kita dah jadik sama-sama hitam berkilat, sebabnya kite dua orang masing-masing bawak motor je. kan dah ireng.camne ni?


perkara RANDOM tentang beliau:

a) suke bawak beg perempuan, tapi tak mengaku. heleh~
b) kaki shopping tak ingat dunia. selalu nak kena marah ngan saya baru sedar diri.
c) tak tau bawak kereta sebab trauma.
d) selalu rasa die hot, pastu bila tak layan dia merajuk. eee,,sensitif!
e) die panggil saya jerawat, saya panggil dia kudis. plus,skg jerawat saya da takde.
f) tak fotogenik! selalu rosakkan gambar saya.
g) penyabar tapi selalu marah saya. kamu jahat!
h) proud javanese. mak saya kata orang jawa jahat. haa, cmne ni?
i) selalu kena paw bile time gaji.hahaha~


lagi satu, lanyard FIFA yang kamu beli banyak2 ni nak suh sape pakai???

Monday, June 14, 2010

jiwaku pergi

saya telah hilang di amuk amarah kapitalis untuk menjadi seorang yang material. saya kehilangan erti moral dan keikhlasan. separuh jiwaku pergi, seperti lagu anang itu.

pulang kan separuh diri saya kembali. seorang gadis yang mampu tersenyum dan tampil hebat walaupun saya sedang menangis. kini, saya hanyalah patung lemah dan kecil di kaki bukit.

Sunday, June 13, 2010

Cuti Semester Si Gadis Material

Salam!

Cuti semester saya sudah semakin menghampiri penamatnya. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan saya untuk semester ini semakin membuahkan hasil walaupun saya tidak berjaya mendapat A untuk subjek Asian Literature. geram betol!!!

Manakala,,saya dengan serba riaknya dah lama menjangkakan yang saya akan mendapat A untuk subjek Introduction to Shakespeare walaupun saya tak berapa menggemarkan beliau.oho~


Sejujurnya, cuti semester kali ini sebenarnya cuti semester yang paling singkat tetapi saya merasakan cuti ini terlalu lama, hingga hari-hari cuti begini terasa begitu kosong dan hampir tidak bermakna. Hati saya memberontak ingin cepat ke sekolah, supaya saya dapat memulakan semester baru sebeberapa segera. Hati dan fikiran saya serasanya seolah-olah tertutup gara-gara asyik 'berzikir' di rumah.


bukan saya membenci rumah keluarga saya, bahkan saya tenang di sini. Cuma, saya terasa amat kebosanan apatah lagi saya tiada teman untuk berbicara dan diajak bersiar-siar di sini.

saya merindui hidup lama saya di mana di kala cuti semester ini saya sibuk membahagi masa ada kerja sambilan dan berhibur di mana-mana. tapi cuti kali ini,, terasa amat kosong. jiwa saya meronta-ronta ingin keluar tetapi saya tidak tahu bagaimana kerana pelbagai masalah. haish~


tadi petang, sedikit isu yang diungkapkan bersama seseorang telah menguris hati saya. saya sememangnya ingin cepat habis belajar supaya saya dapat mengumpul duit sendiri dan membantu ibu bapa. saya tidak sanggup lagi hidup seperti terumbang-ambing dan mengharapkan bantuan penuh PTPTN. [saya akan pastikan hutang PTPTN akan terhapus dalam tempoh 3tahun]

percayalah! saya akan cuba.

berbalik kepada perkara yang mengguris hati saya itu. Ramai menggelarkan saya gadis material. ya, sememangnya saya sedar kepentingan duit dan saya sungguh material. ini bukan perkara fitnah, bahkan setiap masa saya berfikir cara yang tepat untuk mengatur status kewangan saya.

saya tidak lahir dalam keluarga yang senang-lenang. saya juga tahu nilai duit kerana sedari Tingkatan 4 saya melakukan kerja sambilan untuk mengumpul duit untuk memiliki barang yang saya mahukan, tetapi walaupun segala usaha mengumpul duit pasti terbazir kepada adik-beradik mahupun ibu saya kerana saya berasa mereke lebih memerlukannya berbanding saya.

memang perit rasanya memberikan segala usaha untuk orang lain, tetapi saya percaya suatu masa,,, keikhlasan saya akan terbalas. kini, saya meletakkan duit di tempat teratas di setiap matlamat hidup saya.

kamu yang lahir dari keluarga yang mewah, tidak pernah berasa jerih perih mendapatkan RM10. jadi, jangan mudah menghina saya hanya kerana saya seorang materialis.


saya berusaha untuk duit saya. dan saya akan menggunakan segala peluang untuk mencapai matlamat saya. saya mahu jadi yang terbaik supaya saya dapat membantu taraf hidup keluarga saya dan bergembira.


"Kefakiran juga boleh membawa kepada kekufuran"

Nah, saya si materialis,,akan menyambung kata-kata di episod hadapan.tata~

Wednesday, June 9, 2010

ko rase bckground nie cam nk makan penampar ngan aku x?

mane ade,,background aku romantic gile..nak letak gambo beromen kang ada aku kena banned ngn formspring ni

Tanya!! sebelum aku sepak

babe..jom main kawen2..tp sape nk jadek pengantin laki aku?

khir toyo mau? pipi die gebu

Tanya!! sebelum aku sepak

ko rase ko akan gagal x pratikum nanti..hahahaha

haaa...ni yang aku malas nak jawab ni...sebab bau-bau kegagalan tu macam da ade da! aisay..tahi sungguh soalan ini

Tanya!! sebelum aku sepak

Tuesday, June 8, 2010

Perasaan

akhir-akhir ini serasanya aku tidak beberapa bagus dalam mengenali perasaanku sendiri.
terlalu banyak kata yang tersasar dari landasan. dan terlalu banyak perbuatan yang melebihi batas.

semakin mengejar cinta, semakin menjauh pengertian itu berlari. aku kehilangan. satu perkataan dalam kamus kehidupan ini. apakah cinta? aku tak pasti. bahkan perkataan itu serasa asing.

adakah cinta itu bererti memarahi kamu setiap saat?
adakah cinta itu bererti berborak di telefon setiap hari?
adakah cinta itu bererti egoistik dan saling bertengkar kini?

cinta?

mengundang tawa.

perkara indah sebegini lah yang mengundang cinta monyet di hati arjuna dan daranya. perkara indah inilah yang menganggungkan Romeo dan Juliet. aku semakin kehilangan. tewas pada pengertian.


kalau mencintai kamu bererti menangis, marah dan benci, serasanya aku tak betah! malah aku benci.

merenung jauh aku. menatap saat-saat yang makin hilang. habis ditiup angin masa.

apakah cinta?

adakah sekadar seks bebas? pembuangan bayi? mahupun pergaulan bebas.


ya, perjalanan ini masih jauh. dan aku akan sentiasa memerhati.

SIlent Heart



i'm not good with words as i always misused the correct word to convey my message.
i'm not good with phone-call as i always ended up conversation another way around,
i'm not good with acting as i always miss you now.

-ezza shinoda-