Monday, April 26, 2010

Nota Kosong Si Gadis#1

Nota 1

Aku kegagalan untuk beradu. Bahkan terasa kosong ketika di pembaringan. Aku cuba mengiring ke kiri. sekejap ke kanan. Bahkan aku juga meniarap, menelentang. Segalanya ku cuba. Tetapi kosong. Tangan kiriku segera menyeluk ke bawah bantal mencari Nokia biru pemilikan aku. Tiada mesej.

Selalunya begitu. Aku kosong. Malah, hati juga tertanya-tanya. Aku segera menekan punat panggilan Nokia itu pantas. Setelus hati. Panggilanku segera disambungkan.

"Hatiku rawan, sayang" ujarku perlahan sedikit berbisik. Hanya terdengar dengusan Sang Lelaki.

"Apa yang masih difikirkan pada malam-malam begini?" balasnya sedikit kengantukan.

"Aku bimbang. Aku juga tidak boleh tidur." tuturku jujur. "Bilakah kau akan pulang?"tanyaku lagi.

"Esok petang. Kenapa?" jawabnya perlahan.

"Aku rindu" Tiada jawapan. Bahkan panggilan telefon juga diputuskan. Tut..tut...tut.. Hanya nada itu yang kedengaran.



Suatu tempat yang jauh dari pembaringan Sang Gadis, Sang Lelaki meletakkan panggilan segera selepas menyedari teman tidurnya terganggu dengan perbualan ringkas tersebut.

"Siapa telefon, sayang?" tanya Sang isteri lembut.

"Pejabat. katanya ada meeting esok petang" balasnya cepat, cekap dan kemas.

"Oh. pokoknya , mengapa harus di telefon tengah malam? Menganggu!"

Sang Lelaki hanya tersenyum dengan agendanya tersendiri.


Ketulusan? Selamat tinggal Sang kekasih.

No comments:

Post a Comment