Thursday, April 29, 2010

Motto Keluarga Zainudin

Memandangkan masa tak berapa nak panjang, aku hanya dapat bercerita serba ringkas mengenai motto keluarga Zainudin yang menjadi penerapan kehidupan kami sekeluarga. Hidup kena ada motto, baru rock. kan?

okeh, konsep hidup keluarga Zainudin amat mudah. ada lebih kurang macam kat restoran fastfood la. first come, first serve gituww. tapi konsep keluarga Zainudin ialah "Siapa lambat, dia melepas"

Contoh kejadian:

Emak masak ikan bakar. sedap gile babeng. ada 5 ekor lagi. tetapi disebabkan Pieza balek kerja pukul8mlm, beliau hanya dapat menjamah sambal udang emak yang orang lain semua tak makan. ouh, keluarga kami alergik seafood. jadi, mak hanya masak seafood sebagai perhiasan. hahaha~

melahirkan keluarga dengan konsep sebegini mendatang sifat kompetetif yang menebal di kalangan kami adik beradik.

contoh persaingan sihat antara kami ialah;

"Ain,kau kan dah lama tak balik rumah. kau la tolong mak" ucap Pieza.
"Ain, anto kan Opie pergi main bola. Mak suruh..[ayat penguat]"
"Ain, kau belanja mak kek secret recipe satu"
"Ain, nanti kau hantar motor tu pergi kedai"

kau nampak apa yang aku nampak? Mereka bersaing menggunakan perkataan AIN dalam setiap ayat mereka. Ceyh!!

kesimpulannya, semua kerja dalam rumah ni, kalau boleh ingin diserahkan pada si gadis bernama AIN.


Ain?? >>>Aku nak balek rumah sewa aku cepat2! tragis...kena buli kat sini


Kenapa surat khabar penting?

hari ni , aku jadi tak senang duduk. berdiri salah, duduk pun salah.
aku ke kiri ke kanan, mundar mandir depan tv.
kenapa dengan aku ni?

yup, masalah utama aku, aku malas nak on komputer
pastu nak connect ngn internet.
pastu nak google schedule rancangan kat tv arini..

haish~~


last-last aku terlepas cerita peberet aku.

The war of in-law 2.. sedeyh!!!

Wednesday, April 28, 2010

(Mr. N)| Terindah.

MARRIAGE?

no. not for this time being.

RELATIONSHIP?

yes.

I DON'T UNDERSTAND.

(Jeng) Khunsa!

Kau tahu apa itu khunsa?

ya, khunsa adalah mereka yang dilahirkan dengan memiliki ciri-ciri lelaki dan wanita.

malam kelmarin, sibuk berborak dengan Jeng melalui ym.

penutup kata dari beliau buat aku seriau.

"Kau ni kalau jadi pompuan hot. kalau jadi lelaki digilai ramai. Baek ko jadik khunsa"

aku>>>>> Cilake!

Tuesday, April 27, 2010

Sejenak!

Ouh, Nota kosong si gadis hanya rentetan khayalan pabila aku terlebih mengambil antibiotik.!

sedari tadi, aku sibuk menyinggah ke blog-blog para gadis dan melawat laman-laman facebook mereka. aku geleng kepala. sambil menangisi nasib diri.

eh, bukan sebab apa. tapi aku terasa aku sangat maskulin. blog-blog awek ni memang betullah banyak gambar dan akan kelihatan shomel. tapi blog aku? kelihatan seperti sepencoretan usang milik sang pertapa.

dayyyyyum~

Monday, April 26, 2010

Nota Kosong Si Gadis#1

Nota 1

Aku kegagalan untuk beradu. Bahkan terasa kosong ketika di pembaringan. Aku cuba mengiring ke kiri. sekejap ke kanan. Bahkan aku juga meniarap, menelentang. Segalanya ku cuba. Tetapi kosong. Tangan kiriku segera menyeluk ke bawah bantal mencari Nokia biru pemilikan aku. Tiada mesej.

Selalunya begitu. Aku kosong. Malah, hati juga tertanya-tanya. Aku segera menekan punat panggilan Nokia itu pantas. Setelus hati. Panggilanku segera disambungkan.

"Hatiku rawan, sayang" ujarku perlahan sedikit berbisik. Hanya terdengar dengusan Sang Lelaki.

"Apa yang masih difikirkan pada malam-malam begini?" balasnya sedikit kengantukan.

"Aku bimbang. Aku juga tidak boleh tidur." tuturku jujur. "Bilakah kau akan pulang?"tanyaku lagi.

"Esok petang. Kenapa?" jawabnya perlahan.

"Aku rindu" Tiada jawapan. Bahkan panggilan telefon juga diputuskan. Tut..tut...tut.. Hanya nada itu yang kedengaran.



Suatu tempat yang jauh dari pembaringan Sang Gadis, Sang Lelaki meletakkan panggilan segera selepas menyedari teman tidurnya terganggu dengan perbualan ringkas tersebut.

"Siapa telefon, sayang?" tanya Sang isteri lembut.

"Pejabat. katanya ada meeting esok petang" balasnya cepat, cekap dan kemas.

"Oh. pokoknya , mengapa harus di telefon tengah malam? Menganggu!"

Sang Lelaki hanya tersenyum dengan agendanya tersendiri.


Ketulusan? Selamat tinggal Sang kekasih.

lelah

lelaki, bisa saja punyai perkataan meruntunkan hati.

penuh janji manis. memberikan harapan sepergunungan.

mahukan perhubungan. tetapi tidak bersedia tentang komitmen.

mahukan pula si wanita memberi jawapan.

aku bukan sang boneka penghiburan di tepi jalan.

tamat.

Sunday, April 25, 2010

Patah Hati

Kamu pernah patah hati?

nah, ternyata kamu tipu, sekiranya kamu menggeleng gagah!

aku pernah patah hati. bahkan tidak beberapa lama lalu ,aku patah hati.

bahkan, kawan pemilikan aku juga sedang patah hati sekarang ini.

kerana lelaki. ya, aku prejudis tentang lelaki.

Lelaki umpama makhluk yang tamak. mahukan segalanya tetapi takut membuat pilihan.

makhluk ceplus seperti tikus!

Nah, ternyata!

akhirnya, berjaya juga aku meletakkan suatu blog baru yang bebas menyatakan perasaanku tanpa ragu.
mungkin blog ini harus berhaluan kiri dan bersifat komunis. entah siapa tahu!